Program Pemerkasaan Pengguna 2022
16 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2022 yang lalu pihak PEDi Sg Limau Dalam telah menyertai Program Pemerkasaan Pengguna yang di anjurkan oleh Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Program ini bertujuan untuk mendidik pengguna, serta memperkukuhkan perlindungan dan kebajikan pengguna melalui penglibatan penggubalan polisi dasar/garis panduan/standard/undang-undang di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
Antara topik yang dikupaskan di dalam program ini adalah jenis-jenis penipuan (scam) yang popular di Malaysia, jenis aduan scam yang kerap diterima oleh FOMCA, cara untuk tuntut hak ganti rugi pembelian dan juga bantuan nasihat untuk para pengguna. Program ini berlangsung secara atas talian bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: